Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Naib Presiden PKR, Zuraida nafi tandatangani akuan sumpah sokong Mahathir kekal PM

Zuraida Kamaruddin, yang sedang bercuti daripada jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, menegaskan beliau tidak terlibat dengan tindakan sekumpulan Ahli Parlimen yang didakwa menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Naib Presiden PKR, Zuraida nafi tandatangani akuan sumpah sokong Mahathir kekal PM

Mantan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 02:40PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 02:41PM

PASIR PUTEH: Zuraida Kamaruddin, yang sedang bercuti daripada jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, menegaskan beliau tidak terlibat dengan tindakan sekumpulan Ahli Parlimen yang didakwa menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri Malaysia.

Cik Zuraida berkata beliau tidak mengetahui tentang kesahihan berita yang mendakwa seramai 138 Anggota Parlimen pembangkang dan kerajaan, termasuk 26 AP daripada PKR, sudah menandatangani akuan bersumpah berkenaan.

“Saya tidak ada kepastian mengenai kesahihan berita berkenaan. Saya tidak tahu berhubung akuan bersumpah, hanya Allah (SWT) sahaja yang tahu.

“Apapun saya tidak terbabit dengan akuan bersumpah. Kalau benda lain banyaklah yang saya tandatangan, sekejap tadi baharu tandatangani plak,” ujarnya berseloroh kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Siti Sarah di Selising di Pasir Puteh, hari ini (14 Feb).

Hari ini, sebuah portal berita tempatan berbahasa Inggeris melaporkan sebanyak 138 Anggota Parlimen sudah menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong supaya Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan semasa.

Portal tersebut melaporkan ia antaranya membabitkan 18 Anggota Parlimen PAS, 26 MP PKR, sekurang-kurangnya 13 daripada 39 AP UMNO dan 26 AP Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan