Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Naib Presiden AS Mike Pence bantah tindakan guna perlembagaan untuk singkir Trump

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dalam sepucuk surat yang diutuskan kepada Speaker Nancy Pelosi, mendesak supaya tidak meneruskan tindakan undang-undang untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana berisiko menggugat kestabilan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Naib Presiden AS Mike Pence bantah tindakan guna perlembagaan untuk singkir Trump

Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence. (Gambar: AFP/Brendan Smialowski)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 12:07PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 12:09PM

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dalam sepucuk surat yang diutuskan kepada Speaker Nancy Pelosi, mendesak supaya tidak meneruskan tindakan undang-undang untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana berisiko menggugat kestabilan negara.

"Saya gesa anda dan setiap anggota Kongres supaya hindari tindakan yang boleh mencetuskan perpecahan dan menggugat kesabaran.  

"Ayuh kita bekerja bersama untuk meredakan keadaan dan menyatukan negara ketika kita sedang melakukan persiapan menjelang pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Saya berjanji akan terus melaksanakan peranan saya bersama pentadbiran baru bagi memastikan peralihan kuasa yang teratur," ujar Encik Pence pada Selasa (12 Jan).

Surat berkenaan didedahkan ketika Dewan membahaskan untuk mengadakan pengundian dan Pence menyifatkan tindakan itu boleh mewujudkan duluan terburuk.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan