Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahdlatul Ulama tuntut Arab Saudi tarik balik duta dari Jakarta

Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) menuntut supaya Arab Saudi memanggil balik dutanya dari Jakarta. Duta Saudi itu dituduh menyebarkan fitnah dan campur tangan dalam ehwal Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Dec 2018 08:17PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 09:43PM

JAKARTA: Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) menuntut supaya Arab Saudi memanggil balik dutanya dari Jakarta. Duta Saudi itu dituduh menyebarkan fitnah dan campur tangan dalam ehwal Indonesia.

Melalui laman Twitternya, Duta tersebut memberi komen mengenai tunjuk-tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan lain yang bergelar ''212 Rally Alumni '' di Jakarta Ahad lalu (2 Dis).

Rapat tersebut bagi memperingati ulang tahun kedua bantahan yang membawa kepada penyingkiran Mantan Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama.

Komen oleh Duta tersebut merujuk kepada insiden pada Oktober lalu di mana penunjuk perasaan membakar bendera yang memaparkan ayat Islam.

Beliau menyifatkan perbuatan membakar bendera itu sebagai menyimpang daripada ajaran Islam.

Kumpulan NU menyatakan komen di laman Twitter itu mencerminkan campur tangan yang serius dalam ehwal dalam negeri Indonesia.

Nahdlatul Ulama ada kaitan dengan Parti Kebangkitan Indonesia (PKB) yang menganggotai pemerintah campuran pimpinan Presiden Joko Widodo.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan