Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas pesawat tentera Myanmar ragut 12 nyawa termasuk sami kanan terkemuka

Seorang sami Buddha kanan terkemuka merupakan antara sekurang-kurangnya 12 mangsa yang terkorban susuli nahas kapal terbang milik tentera Myanmar pada Khamis (10 Jun), di wilayah Mandalay, menurut laporan media negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas pesawat tentera Myanmar ragut 12 nyawa termasuk sami kanan terkemuka

Berdasarkan gambar-gambar, kapal terbang itu dikenal pasti sebagai Beechcraft 1900, sebuah pesawat yang digunakan tentera Myanmar. (Gamar: Myanmar's Ministry of Information menerusi AP)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 11:51AM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 11:56AM

BANGKOK: Seorang sami Buddha kanan terkemuka merupakan antara sekurang-kurangnya 12 mangsa yang terkorban susuli nahas kapal terbang milik tentera Myanmar pada Khamis (10 Jun), di wilayah Mandalay, menurut laporan media negara itu.

Myawaddy TV yang dikendalikan tentera Myanmar, melaporkan bahawa salah seorang daripada dua orang yang terselamat adalah seorang kanak-kanak lelaki.

Seorang lagi yang dibawa ke hospital merupakan anggota tentera tetapi kemudian dikatakan meninggal dunia, berdasarkan beberapa laporan lain yang belum disahkan.

Kapal terbang tersebut dalam perjalanan dari ibu kota Naypyitaw menuju ke Pyin Oo Lwin atau juga dikenali sebagai Maymyo.

Ia membawa enam kakitangan tentera serta dua sami dan enam penganut ke Pyin Oo Lwin untuk menghadiri satu majlis bagi memulakan pembinaan sebuah biara baru, menurut laporan tersebut.

Sami kanan yang meninggal dunia itu adalah ketua biara Zay Kone di Pyinmana, sebuah bandar di Naypyitaw. Beliau dipercayai berusia 90-an tahun dan sebelum ini pernah menyambut kunjungan ketua junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing ketika membuat lawatan ke situ pada 2 Februari, sehari selepas tentera Myanmar mengguling pemimpin yang dipilih, Aung San Suu Kyi dan merampas kuasanya.

Nahas berlaku ketika kapal terbang berkenaan sedang mendarat di Lapangan Terbang Anisakhan di Pyin Oo Lwin, menurut Myawaddy TV, yang turut melaporkan cuaca buruk pada ketika itu.

Kapal terbang yang dilihat dalam gambar-gambar kelihatan seperti Beechcraft 1900, iaitu model yang digunakan oleh tentera udara Myanmar.

Sumber : AP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan