Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas KL: 4 pemain badminton termasuk jaguh dunia akan jalani imbasan CT

Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan tiga lagi yang cedera dalam nahas jalan raya pagi ini (13 Jan) akan menjalani imbasan CT dan pemeriksaan lain sebelum diagnosis sebenar dapat disahkan, kata Pengarah Hospital Putrajaya Dr Nora’i Mohd Said.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2020 02:25PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 12:46AM

PUTRAJAYA: Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan tiga lagi yang cedera dalam nahas jalan raya pagi ini (13 Jan) akan menjalani imbasan CT dan pemeriksaan lain sebelum diagnosis sebenar dapat disahkan, kata Pengarah Hospital Putrajaya Dr Nora’i Mohd Said.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku merupakan 'nahas jalan raya impak tinggi' dan menyebabkan keempat-empat mangsa mengalami sakit belakang serta kecederaan lain.

“Ketika ini kesemua mereka stabil dan telah dihantar ke wad. Ada yang buat dressing, ada yang buat jahitan di OT (dewan bedah).

“Mereka juga mengalami luka lecet,” katanya.

BACA: Pemandu van maut, empat pemain badminton termasuk Kento Momota cedera ringan

Selain Momota, 25, juara dunia ketika ini, tiga lagi ialah pembantu jurulatih Yu Hirayama, 35, pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42, dan William Thomas, 30, pegawai teknikal Persekutuan Badminton Dunia.

Mayat pemandu van, mendiang Nageswarau turut dihantar ke Hospital Putrajaya.

Pada Ahad (12 Jan), Momota dari Jepun muncul juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena, gelaran pertamanya pada kejohanan berprestij itu selepas beberapa tahun memburu gelaran tersebut.

Beliau menewaskan bekas juara dunia Viktor Axelsen dari Denmark pada aksi perlawanan akhir.

Dalam sidang media, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan mengatakan bahawa Encik Momota mengalami kecederaan patah tulang hidung, luka di bibir yang perlu jahitan dan kecederaan pada muka.

Tiga pemain badminton yang menaiki van yang sama pula mengalami kecederaan pada muka dan kaki yang memerlukan jahitan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan