Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar minta India serahkan 8 polis yang lari ke sana

Pihak berkuasa Myanmar meminta India supaya menghantar pulang beberapa pegawai polis negara itu yang melarikan diri ke sana.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar minta India serahkan 8 polis yang lari ke sana

(Gambar: AFP/STR, STR)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 08:00PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 08:05PM

NEW DELHI: Pihak berkuasa Myanmar meminta India supaya menghantar pulang beberapa pegawai polis negara itu yang melarikan diri ke sana untuk mendapatkan perlindungan kerana enggan mengikut perintah junta tentera, yang merampas kuasa daripada pemerintah dilantik pada 1 Februari tahun ini.

Demikian menurut seorang pegawai di timur laut India hari ini (6 Mac).

Sekitar 30 polis Myanmar dan anggota keluarga mereka menyeberangi sempadan untuk mencari perlindungan sejak beberapa hari lalu sedang kekerasan junta ke atas para penunjuk perasaan semakin menjadi ganas, dengan puluhan orang terbunuh sejak 1 Februari lalu.

Seorang pegawai paling kanan di Champhai, sebuah daerah di wilayah Mizoram India memberitahu Reuters bahawa beliau menerima surat daripada rakan sejawatannya di Falam, Myanmar meminta mereka menghantar pulang lapan polis "demi mengekalkan hubungan baik" antara kedua-dua negara itu.

Timbalan Pesuruhjaya Maria CT Zuali hari ini memberitahu Reuters bahawa beliau "sedang menunggu arahan" daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri di New Delhi.

Meskipun banyak catatan di media sosial mengenai polis menyertai gerakan keingkaran awam dan menunjuk perasaan terhadap junta tentera, ini adalah kes pertama yang melaporkan polis melarikan diri dari Myanmar.

Dalam surat itu, yang juga dibaca oleh Reuters, pihak berkuasa Myanmar menyatakan mereka mempunyai maklumat tentang lapan pegawai polis yang memasuki India. Surat itu memberi butiran empat polis, berusia antara 22 dengan 25 tahun, termasuk seorang pegawai wanita.

"Demi mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua negara, anda diminta menahan lapan pegawai polis Myanmar yang tiba di India dan menyerahkan mereka kepada Myanmar," menurut surat itu.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan