Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar dilanda banjir besar, tambak mungkin pecah

Di Myanmar terdapat kebimbangan bahawa tambak yang dipasang mungkin pecah sedang hujan lebat terus membanjiri kawasan tenggara negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar dilanda banjir besar, tambak mungkin pecah

(Gambar: Ye Aung Thu/ AFP)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 07:52PM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 07:55PM

MYANMAR: Di Myanmar terdapat kebimbangan bahawa tambak yang dipasang mungkin pecah sedang hujan lebat terus membanjiri kawasan tenggara negara itu.

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala lebih 130,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Menurut media tempatan, arahan untuk mengosongkan rumah dikeluarkan di empat wilayah Myanmar, di mana paras air di lebih 30 empangan dan kolam air melimpah.

Pasukan-pasukan penyelamat sedang cuba memasuki kampung-kampung dengan menggunakan bot untuk menghantar makanan dan keperluan lain.

Sebanyak 700,000 hektar sawah padi juga turut terjejas.

Dan pemerintah Myanmar telah pun menawarkan benih padi percuma kepada petani untuk membantu mereka kembali bercucuk tanam. 

Sumber : AFP/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan