Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar berkeras tolak dakwaan baru Rohingya

Myanmar menafikan tuduhan-tuduhan baru terhadapnya tentang kaum Rohingya negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar berkeras tolak dakwaan baru Rohingya

Polis Myanmar melakukan rondaan di kem Rohingya di sempadan Bangladesh. (Gambar: Phyo Hein Kyaw/AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 07:43PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 07:47PM

NEW YORK: Myanmar menafikan tuduhan-tuduhan baru terhadapnya tentang kaum Rohingya negara itu.

Penafian tersebut dibuat selepas satu misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mencari fakta mengenai Myanmar memberi taklimat laporannya kepada Majlis Keselamatan badan dunia itu.

Bercakap kepada media, Pengerusi misi PBB itu, Marzuki Darusman, berkata orang-orang Rohingya yang masih berada di Myanmar terus menjadi mangsa tindakan kejam tentera.

Menurut beliau, tidak banyak perkara asas yang berubah sejak Ogos 2017.

Pada bulan itu, ramai orang Rohingya dari wilayah Rakhine mula melarikan diri ke Bangladesh bagi mengelakkan tindakan kekerasan tentera Myanmar.

Pada masa ini, sekitar 700,000 orang Rohingya berlindung di kawasan sempadan Bangladesh.

Dalam laporannya yang diterbitkan pada Ogos lalu, misi PBB itu mengesa Majlis Keselamatan supaya bertindak terhadap Myanmar termasuk sekatan senjata dan membicarakan suspek-suspek di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Bagaimanapun, para diplomat percaya China dan Rusia yang mempunyai kuasa pembatal di Majlis Keselamatan PBB akan menolak usul itu.

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan