Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar belum sedia terima pulangan pelarian Rohingya

Myanmar belum bersedia untuk menerima kepulangan para pelarian kaum Rohingya.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar belum sedia terima pulangan pelarian Rohingya

Sekitar 700,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke sempadan Myanmar sejak tahun lalu. (Gambar: FRED DUFOUR/AFP)

Diterbitkan : 08 Apr 2018 09:26PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 09:28PM

NAYPIDAW: Myanmar belum bersedia untuk menerima kepulangan para pelarian kaum Rohingya.

Ini rumusan pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penolong Setiausaha Agung bagi Ehwal Kemanusiaan Ursula Mueller, pada akhir lawatan enam hari ke Myanmar, termasuk ke wilayah Rakhine.

Cik Mueller turut menemui para pegawai kanan Myanmar termasuk Cik Aung San Suu Kyi.

Lebih 700,000 kaum Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan meletus di Rakhine, pada Ogos lalu.

Kedua-dua negara itu bersetuju pada Januari lalu untuk menjalankan operasi pulang kembali ke Myanmar, dalam masa dua tahun akan datang.

Myanmar sudahpun menyiapkan dua pusat menerima para pelarian dan kem sementara di sepanjang kawasan sempadan masing-masing.

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan