Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar, Bangladesh meterai perjanjian syarat proses hantar pulang pelarian Rohingya

Myanmar dan Bangladesh memeterai satu perjanjian tentang syarat-syarat proses menghantar pulang para pelarian Rohingya daripada Bangladesh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 08:51PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:26PM

NAYPYITAW: Myanmar dan Bangladesh memeterai satu perjanjian tentang syarat-syarat proses menghantar pulang para pelarian Rohingya daripada Bangladesh.

Myanmar berharap perjanjian tersebut akan mengurangkan tekanan masyarakat dunia ke atasnya manakala Bangladesh berharap kem-kem pelarian di wilayahnya tidak akan menjadi sesuatu yang tetap.

Menurut Setiausaha Tetap di Kementerian Buruh, Imigresen dan Penduduk Myanmar, Myint Kyaing, pihaknya bersedia menerima kembali para pelarian Rohingya sejurus selepas mereka menerima borang butiran peribadi setiap pelarian itu dari pihak berkuasa Bangladesh.

Persetujuan itu dicapai selepas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bertemu dengan Menteri Luar Bangladesh Abul Hassan Mahmood Ali di Naypyitaw.

Para pegawai Myanmar bagaimanapun enggan mengulas tentang syarat-syarat keselamatan kaum Rohingya daripada keganasan baru dan sama ada para pelarian itu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di wilayah Rakhine. 

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan