Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar, Bangladesh akan meterai MOU permudah proses hantar pulang pelarian

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi berkata krisis pelarian Rohingya tidak dapat diselesaikan "semalaman".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2017 09:05PM Dikemas Kini : 21 Nov 2017 10:11PM

MYANMAR: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi berkata krisis pelarian Rohingya tidak dapat diselesaikan "semalaman".

Namun, beliau menegaskan kemajuan boleh dicapai dalam menghuraikan isu tersebut.

Cik Suu Kyi berkata demikian di sidang berita di luar mesyuarat para pemimpin Asia-Eropah, ASEM di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Cik Suu Kyi menambah Myanmar dan Bangladesh sedang cuba memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk memudahkan proses menghantar pulang para pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh.

Perbincangan akan diadakan dengan Menteri Luar Bangladesh esok (22 Nov) dan lusa (23 Nov) tentang cara menghantar pulang lebih 600,000 pelarian Rohingya.

Myanmar juga akan berusaha memastikan keamanan dan keselamatan dikekalkan dalam jangka masa panjang.

Dalam pertemuan semalam, China menyarankan satu gencatan senjata di wilayah itu bagi memudahkan kepulangan kaum Muslim Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh.

Presiden Myanmar Htin Kyaw menyambut baik saranan China itu dan bersedia untuk berunding dengan Bangladesh bagi menghuraikan krisis Rohingya yang berlarutan.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan