Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar bakal terima semula lebih 2,200 pelarian Rohingya bulan depan

Mulai 15 Disember, Myanmar akan menerima kumpulan pertama seramai 2,260 orang pelarian, menurut Global New Light of Myanmar memetik pihak berkuasa tempatan Rakhine di Maungtaw, pada Isnin (5 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar bakal terima semula lebih 2,200 pelarian Rohingya bulan depan

Para pelarian Rohingya yang sedang menuju ke kem di Bangladesh (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Nov 2018 10:53PM Dikemas Kini : 05 Nov 2018 10:57PM

YANGON: Mulai 15 Disember, Myanmar akan menerima kumpulan pertama seramai 2,260 orang pelarian, menurut Global New Light of Myanmar memetik pihak berkuasa tempatan Rakhine di Maungtaw, pada Isnin (5 Nov).

Rumah, klinik kesihatan, bekalan air, tenaga elektrik, jalan raya dan kaunter khas bersedia menyambut ketibaan pelarian yang sebelum ini berlindung di Bangladesh.

Menurut agensi berita Xinhua, dalam satu mesyuarat menteri pada Ogos, Myanmar dan Bangladesh bersetuju untuk menghantar pulang pelarian tersebut.
Selain usaha penghantaran balik pelarian, kedua-dua negara juga bersetuju untuk melaksanakan syor Suruhanjaya Penasihat Khas di negeri Rakhine.

Pada 6 Jun tahun ini, Myanmar juga menandatangani memorandum persefahaman dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian untuk membantu proses penghantaran balik.

Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA) dipercayai melancarkan serangan berulang di pos polis di negeri Rakhine pada 25 Ogos tahun lepas, menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri dan berlindung di kawasan bersempadan dengan Bangladesh.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan