Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muzium Nasional Rio berusia 200 tahun dilanda kebakaran besar

Sebuah kebakaran besar berlaku di Muzium Negara Brazil yang berusia 200 tahun di Rio de Janeiro pada Ahad (2 Sep). Kebakaran tersebut mungkin memusnahkan lebih 20 juta koleksi, yang merangkumi penemuan arkeologi hingga memorabilia sejarah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Sep 2018 02:12PM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 09:25PM

RIO DE JANEIRO: Sebuah kebakaran besar berlaku di Muzium Negara Brazil yang berusia 200 tahun di Rio de Janeiro pada Ahad (2 Sep). Kebakaran tersebut mungkin memusnahkan lebih 20 juta koleksi, yang merangkumi penemuan arkeologi hingga memorabilia sejarah.

Kemusnahan bangunan tersebut, yang dahulunya merupakan istana untuk raja-raja yang kecundang, adalah "kerugian yang tidak ternilai bagi Brazil," kata Presiden Michel Temer dalam satu kenyataan.

"Hasil kerja, penyelidikan dan pengetahuan selama 200 tahun sudah hilang."

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti pada lewat Ahad (2 Sep), ataupun sekiranya ada mangsa-mangsa yang korban atau tahap kerosakan muzium itu.

Para anggota bomba di Rio tidak menjawab permintaan untuk mengulas mengenai kebakaran itu.

Siaran televisyen secara langsung menunjukkan kebakaran itu, yang bermula selepas masa pengunjung, pada 5.00 petang, dan berlarutan hingga lewat malam.

Muzium tersebut, yang berjalin dengan universiti persekutuan Rio de Janeiro dan kementerian pendidikan, ditubuhkan pada tahun 1818 itu. Ia menempatkan beberapa koleksi mercu tanda, termasuk artifak-artifak Mesir dan fosil manusia tertua yang dijumpai di Brazil.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan