Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mutu udara Miri kini di paras berbahaya; dengan IPU lebih 300

Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 setakat 10.00 malam pada Isnin (12 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Mutu udara Miri kini di paras berbahaya; dengan IPU lebih 300

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 09:14AM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 09:17AM

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 setakat 10.00 malam pada Isnin (12 Ogos).

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU 358 dan 305 masing-masing dicatat di stesen pemantauan udara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.

Cerapan kualiti udara di SK Kuala Baram 2 mula menerjah kategori berbahaya pada jam 10.00 pagi dengan bacaan IPU 302 manakala di ILP Miri, bacaan sangat tidak sihat antara 201-300 direkodkan dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang sebelum memasuki kategori berbahaya pada jam 6.00 petang dengan bacaan IPU 302.

Sibu dan Sri Aman, juga di Sarawak, mencatat bacaan kualliti udara tidak sihat iaitu masing-masing 154 dan 132 setakat jam 10.00 semalam manakala majoriti lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), dan berbahaya jika melebihi 300.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan