Mutu udara Bangkok semakin teruk; pihak berkuasa timbangkan pembenihan awan
Mutu udara di Bangkok terus berada di paras tidak sihat.
BANGKOK: Mutu udara di Bangkok terus berada di paras tidak sihat.
Masalah jerebu asap di ibu kota Thailand itu mendapat sorotan sejak beberapa minggu lalu dan ia diramal berlarutan sepanjang bulan ini jika keadaan cuaca terus sejuk, lembab dan kurang berangin.
Ramai orang kini memakai pelitup apabila berada di jalan-jalan raya.
Beberapa buah sekolah pula ditutup dan kanak-kanak diminta supaya tidak bermain di luar rumah.
Pihak berkuasa kini menimbangkan kemungkinan melakukan pembenihan awan untuk menurunkan hujan bagi mengurangkan masalah pencemaran tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.