Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mutu udara Bangkok capai paras tidak sihat, diramal akan semakin teruk

Mutu udara di Bangkok mencapai paras tidak sihat sekaligus mendorong pihak berkuasa untuk mengeluarkan amaran melarang orang ramai daripada keluar rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Mutu udara Bangkok capai paras tidak sihat, diramal akan semakin teruk

Keadaan cuaca di Bangkok. (Gambar: ATHIT PERAWONGMETHA/REUTERS)

Diterbitkan : 09 Feb 2018 09:50PM Dikemas Kini : 09 Feb 2018 09:55PM

BANGKOK: Mutu udara di Bangkok mencapai paras tidak sihat sekaligus mendorong pihak berkuasa untuk mengeluarkan amaran melarang orang ramai daripada keluar rumah.

Tahap pencemaran di negara tersebut adalah 95 mikrogram iaitu jauh lebih tinggi daripada had Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu 10 mikrogram.

Malah, pihak berkuasa Thailand memberi amaran bahawa tahap tersebut dijangka terus meningkat.

Amaran berkenaan dikeluarkan selepas para penduduk dinasihati supaya memakai pelitup kerana mereka mengadu mengalami masalah pernafasan.

Semalam (8 Feb), beberapa buah sekolah terpaksa ditutup dan orang ramai dinasihati supaya mengurangkan kegiatan di luar.

Menurut Jabatan Kawalan Pencemaran Bangkok, kurangnya angin sejak kebelakangan ini menyebabkan pencemaran meningkat di udara.

Mutu udara di negara itu dijangka kekal tidak sihat buat beberapa hari akan datang.
 

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan