Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Musim kemarau di Eropah Tengah; 'batu lapar' muncul di permukaan air

Keadaan kemarau yang sedang dialami Eropah Tengah menyebabkan bongkah-bongkah batu khas di dasar Sungai Elbe terdedah semula di permukaan airnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Musim kemarau di Eropah Tengah; 'batu lapar' muncul di permukaan air

'Batu lapar' yang muncul semula akibat kemarau di Eropah Tengah. (Gambar: Petr David Josek/AP)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 09:02PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 09:07PM

REPUBLIK CZECH: Keadaan kemarau yang sedang dialami Eropah Tengah menyebabkan bongkah-bongkah batu khas di dasar Sungai Elbe terdedah semula di permukaan airnya.

Sungai Elbe mengalir dari Republik Czech dan merentasi Jerman dan berakhir di Laut Utara.

Paras airnya kini begitu rendah akibat kemarau musim panas sekarang ini sehinggakan bongkah-bongkah batu, yang dikenali sebagai "batu lapar", berada di atas permukaan air.

Lebih 12 bongkah batu itu "muncul" semula di dalam dan di sekitar bandar Decin di Republik Czech dekat sempadan Jerman.

Kemunculan semula "batu-batu lapar" itu menjadi amaran kepada orang ramai mengenai masa sukar yang bakal mereka tempuhi.

Bongkah batu tanda paras air sungai itu yang paling lama sudah berusia 402 tahun.

Ia dianggap sebagai mercu tanda air tertua di Eropah Tengah.

Pada batu itu, terdapat tulisan dalam bahasa Jerman yang bermaksud: "Jika anda melihat saya, menangislah". 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan