Musim kemarau berakhir di Australia
Hujan sudah menamatkan musim kemarau di Australia, yang sebelum ini disifatkan sebagai yang paling buruk.
AUSTRALIA: Hujan sudah menamatkan musim kemarau di Australia, yang sebelum ini disifatkan sebagai yang paling buruk.
Hujan lebat dan hujan batu sudah dicatatkan di beberapa kawasan di wilayah Queensland dan New South Wales hujung minggu ini.
Malah ada petani di Australia yang pertama kali mengalami cuaca hujan sejak lebih setahun.
Kemarau sebelum ini sudah memaksa para penternak kambing dan lembu di Australia menyuap makananan kepada haiwan ternakan atau dalam kes-kes teruk, terpaksa menembak mati haiwan mereka kerana kekurangan rumput dan bijirin.
Namun para pakar berpendapat keadaan tanah yang terlalu kering sekarang memerlukan lebih banyak hujan agar tanah kembali subur.
Mereka menyalahkan fenomena pemanasan bumi atas masalah kemarau di Australia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.