Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Murid maut selepas jatuh akibat lantai bas berlubang

 Seorang murid meninggal dunia akibat jatuh ke bawah bas yang dinaikinya pada Khamis (4 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Murid maut selepas jatuh akibat lantai bas berlubang

Seorang murid meninggal dunia akibat jatuh ke bawah bas yang dinaikinya. (Gambar: Petikan skrin video)

Diterbitkan : 05 Jul 2019 02:45PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 02:48PM

PASIR PUTEH: Seorang murid meninggal dunia akibat jatuh ke bawah bas yang dinaikinya pada Khamis (4 Jul).

Tragedi itu berlaku ketika mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, sedang dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan Tok Bok di Machang ke Bukit Keluang, Terengganu untuk menyertai bengkel Bahasa Inggeris selama dua hari.

Penyelaras bengkel berkenaan, yang tidak mahu disebut namanya, berkata: "Saya difahamkan terdapat lantai berlubang di tangga bas itu yang hanya ditutup sesuatu tetapi saya tidak pasti ditutup dengan apa dan tidak mendapat maklumat lanjut."

Allahyarham, 12 tahun, meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di seluruh bahagian badan.

Allahyarham disifatkan sebagai seorang pelajar aktif yang dalam bidang sukan dan pernah mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang ke peringkat negeri.

Ibunya, Nik Hasmani Mohamad, berkata Allahyarham anaknya itu sangat berminat dalam sukan catur, bola sepak, bola tampar dan mempunyai banyak sijil mewakili PPD Machang.

"Allahyarham juga aktif sebagai seorang pengawas di sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Bok," katanya kepada para wartawan ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Tengku Anis pada Khamis (4 Jul).

Cik Nik Hasmani berkata, tiada apa-apa perubahan yang luar biasa berlaku sebelum Allahyarham bertolak pagi semalam (4 Jul) tetapi mangsa nampaknya sedikit keberatan untuk pergi ke sana.

Katanya, keluarganya redha dengan pemergiannya, cuma sedikit terkilan apabila kehilangan satu-satunya anak lelaki daripada empat orang anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Azmir Damiri, berkata, mangsa sebelum itu bermain di bahagian hadapan sebelah kiri pemandu. Allahyarham secara tiba-tiba melompat ke bahagian hadapan pintu masuk bas dan terus terjatuh ke bawah bas disebabkan lantainya reput.

Menurut beliau, mangsa ialah salah seorang daripada 31 pelajar tahun enam sekolah itu yang berada dalam bas tersebut ketika kejadian berlaku. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan