Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Munira Abdullah sedar selepas koma 28 tahun

 Seorang wanita akhirnya sedar sepenuhnya selepas dalam keadaan vegetatif selama 28 tahun, lapor akhbar The Independent pada Isnin (22 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Munira Abdullah sedar selepas koma 28 tahun

Gambar hiasan. (Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 01:22PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 01:25PM

DUBAI: Seorang wanita akhirnya sedar sepenuhnya selepas dalam keadaan vegetatif selama 28 tahun, lapor akhbar The Independent pada Isnin (22 Apr).

Munira Abdullah berada dalam keadaan separuh koma akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian otaknya selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1991. Pada masa itu, Munira berusia 32 tahun.

Ketika kejadian berlaku, kereta yang dinaiki Munira dan anak lelakinya, Omar Webair, dirempuh sebuah bas sekolah di Bandar Al Ain. Omar, yang pada masa itu berusia empat tahun, hanya cedera ringan.

Pada 2017, Munira dibawa ke sebuah hospital di Jerman dan dirawat melalui pelbagai kaedah terapi fizikal dan ubat-ubatan. Beliau mula memberi respons pada tahun lalu.

"Saya tidak pernah berhenti menaruh harapan kerana saya yakin beliau akan sedar daripada koma satu hari nanti," kata Omar, seperti dipetik oleh The Independent.

Omar menambah bahawa pada 2017, Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mohammed bin Zayed, menawarkan untuk membiayi rawatan khusus di Jerman.

"Kaedah rawatan dari Jerman itu menjadikan keadaan ibu saya lebih baik. Beliau mula bersuara dan nama saya merupakan perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya.

"Sejak itu, keadaan ibu semakin bertambah baik dan kini, beliau sudah boleh bercakap seperti sedia kala. Jangan pernah putus harapan," katanya lagi.

Munira sudahpun pulang ke Abu Dhabi bersama keluarganya, di mana beliau akan terus menerima rawatan.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan