Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mungkinkah PRU-14 diadakan Mei depan?

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memberikan bayangan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir dan ia bakal dilaksanakan menjelang Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Mungkinkah PRU-14 diadakan Mei depan?

Gambar: Zahid Hamidi/Facebook

Diterbitkan : 24 Mar 2018 03:38PM Dikemas Kini : 24 Mar 2018 03:50PM

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memberikan bayangan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir dan ia bakal dilaksanakan menjelang Mei ini.

Astro AWANI melaporkan bahawa Dr Ahmad Zahid memberikan bayangan tersebut ketika menyampaikan ucapan perasmian Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2018 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk hari ini (24 Mac).

Beliau berkata ianya berikutan siri jelajah itu yang akan berakhir di Miri, Sarawak pada 2 Mei depan.

"Itu mungkin dah lambat dah. Kalau boleh mintaklah (siri jelajah berakhir) cepat sikit, takut 'overtaken by event'," katanya.

Menurut Astro AWANI, Dr Ahmad Zahid yang juga merangkap Anggota Parlimen Bagan Datuk pernah memberi bayangan beberapa kali mengenai tarikh PRU14 akan dilaksanakan sebelum ini.

Pada November tahun lalu, Dr Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa PRU14 akan dilaksanakan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Ketika menghadiri Program Mahabbah Sekolah Menengah Agama Maahad Al Islah di Teluk Intan pada Februari lalu pula, Dr Ahmad Zahid juga memberi bayangan PRU-14 berkemungkinan besar dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidilfitri, menurut laporan Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan