Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mungkin ada lagi menteri akan letak jawatan, sindir Setiausaha Agung UMNO

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan memberi gambaran bahawa lebih ramai menteri daripada parti itu akan meletakkan jawatan dalam tempoh 48 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Mungkin ada lagi menteri akan letak jawatan, sindir Setiausaha Agung UMNO

Gambar: UMNO Online/Facebook

Diterbitkan : 03 Aug 2021 10:42PM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 10:47PM

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan memberi gambaran bahawa lebih ramai menteri daripada parti itu akan meletakkan jawatan dalam tempoh 48 jam.

Perkembangan tersebut berlaku selepas UMNO menyerahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Encik Ahmad berkata, langkah itu dimulakan oleh Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet hari ini, lapor Malaysiakini.

"(Peletakan jawatan) menteri UMNO ini telah dimulakan oleh Shamsul Anuar, kita menunggu apakah yang akan berlaku pada hari-hari berikutnya.

"Setakat ini kita menunggu dalam sejam dua, (atau) sehari ke dua hari lagi," lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, pada petang tadi (3 Ogos), Encik Shamsul mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

Beliau berkata langkah itu diambil menyusuli pendirian UMNO yang menarik balik sokongan terhadap PM Muhyiddin, lapor BERNAMA. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan