Mukhriz: Pencalonan Dr Mahathir di Langkawi petanda baik
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pencalonan bapanya di Langkawi adalah satu petanda baik, bukan sahaja kepada Kedah tetapi seluruh negara.
MALAYSIA: Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pencalonan bapanya di Langkawi adalah satu petanda baik, bukan sahaja kepada Kedah tetapi seluruh negara.
Datuk Seri Mukhriz berkata sebelum ini ketika Tun Dr Mahathir Mohamad pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Kota Setar pada tahun 1964 dan menang, impaknya dirasai bukan sahaja di Kedah tetapi juga di Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak.
Kedudukan Dr Mahathir kemudian meningkat dalam parti untuk menjadi perdana menteri pada tahun 1981 dan pentadbir negara sehingga tahun 2003, apabila beliau melepaskan jawatan itu, lapor Malaysiakini.
Mantan perdana menteri yang berusia 92 tahun itu kini berdepan dengan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak, dan mahu menjatuhkan kepimpinannya dalam pilihan raya umum pada 9 Mei ini.
"Saya harap perkara yang sama akan berlaku kali ini," kata beliau.
"Sebaik sahaja beliau selesai berucap, hujan turun lebat. Jadi itu adalah satu petanda yang baik," kata mantan menteri besar Kedah itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.