Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin mungkin bercuti lebih lama

Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin mungkin akan bercuti lebih lama lagi kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin mungkin bercuti lebih lama

Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin ketika menjalani pembedahan dan rawatan di Singapura. (Gambar fail: Muhyiddin Yassin/ Facebook)

Diterbitkan : 11 Aug 2018 08:02AM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 08:06AM

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin mungkin akan bercuti lebih lama lagi kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi.

Demikian kata Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Astro Awani melaporkan, Encik Muhyiddin perlu menjalani rawatan kemoterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada bulan lalu.

“Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi,” tambah Dr Mahathir ketika ditemui Astro Awani semalam (10 Ogos).

Encik Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu bercuti sejak 12 Julai lalu bagi mendapatkan rawatan di Singapura dan sepatutnya kembali bertugas dalam tempoh sebulan lagi.

Tugas sebagai Menteri Dalam Negeri kini dipangku oleh Dr Mahathir, lapor Astro Awani.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan