Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mufti Perlis jelaskan penamatan khidmat imam luar bidang kuasanya

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan penamatan dan penukaran lebih 25 orang imam di Perlis adalah di luar bidang kuasanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Perlis jelaskan penamatan khidmat imam luar bidang kuasanya

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Jan 2019 01:18PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 01:21PM

RANONG, THAILAND: Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan penamatan dan penukaran lebih 25 orang imam di Perlis adalah di luar bidang kuasanya.

Katanya keputusan penamatan khidmat dan pertukaran imam-imam tersebut di bawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan bukan bidang kuasa Jabatan Mufti.

“Sebenarnya penamatan kontrak imam atau imam yang ditukar ini berlaku di semua negeri, bukan di Perlis sahaja,” kata Dr Mohd Asri kepada Bernama bagi mengulas tindakan beberapa masjid di Perlis yang membuat bantahan aman mendesak supaya khidmat imam-imam tersebut disambung semula.

Dr Mohd Asri berada di sini menyertai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program Ziarah Mahabbah MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) ke Wilayah Ranong dan Chumphon.

Sebelum ini tular mengenai tindakan JAIPs menamatkan khidmat 25 imam dan 10 lagi ditukarkan ke kariah lain dengan surat bertarikh 31 Dis lepas tanpa menyatakan sebab. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan