Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mueller serah laporan siasatan Trump-Rusia kepada peguam negara AS

Peguam khas Amerika Syarikat Robert Mueller sudah membentangkan laporannya terhadap campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya presiden 2016 kepada Peguam Negara William Barr.

Anggaran Waktu Membaca:
Mueller serah laporan siasatan Trump-Rusia kepada peguam negara AS

Peguam khas Amerika Syarikat Robert Mueller (kanan). (Gambar: Joshua Roberts/Reuters)

Diterbitkan : 23 Mar 2019 10:11AM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 10:14AM

WASHINGTON: Peguam khas Amerika Syarikat Robert Mueller sudah membentangkan laporannya terhadap campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya presiden 2016 kepada Peguam Negara William Barr.

Laporan tersebut kini dalam tangan Peguam Negara Amerika Syarikat - Encik William Bar.

Encik Barr memberitahu Kongres dalam sepucuk surat pada lewat Jumaat, bahawa beliau mungkin akan memberi taklimat mengenai keputusan Peguam Khas "seawal hujung minggu ini."

Para anggota kanan Demokrat turut menggesa agar kandungan laporan itu didedahkan kepada orang ramai.

Dalam kenyataannya, Speaker Dewan Nancy Pelosi dan pemimpin minoriti Senat Chuck Schumer menegaskan bahawa Rumah Putih tidak seharusnya “menerima hanya sebahagian” daripada laporan itu sebelum sidang Kongres diadakan.

Anggota kanan Republican dalam Jawatankuasa Kehakiman dewan berkenaan, Encik Doug Collins berkata Laporan Mueller harus dikeluarkan secepat mungkin.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan