Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muafakat politik antara Bersatu, PAS, UMNO perlu diteruskan selepas PRU15

PAS mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN) antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Muafakat politik antara Bersatu, PAS, UMNO perlu diteruskan selepas PRU15

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 09 Mar 2021 10:58AM Dikemas Kini : 09 Mar 2021 11:01AM

KLUANG: PAS mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN) antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Justeru, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu supaya terus mendukung kerajaan sedia ada, sekali gus memberi fokus kepada isu rakyat yang menanggung beban berikutan pandemik COVID-19 dan mengurangkan politik dalaman yang mengganggu tumpuan.

“Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik melibatkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-tiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti.

"Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada Isnin (8 Mac).

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata sepatutnya apa-apa perkara (yang menjadi percanggahan) boleh diselesaikan menerusi perundingan dan mencari jalan keluar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Encik Annuar Musa yang menyifatkan UMNO, PAS dan Bersatu bukanlah musuh sebaliknya pesaing dan sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar mereka.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan