Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Msia bakal ambil tindakan mahkamah terhadap Top Glove berhubung penginapan pekerja yang teruk

Malaysia akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengeluar sarung tangan Top Glove yang didapati menyediakan tempat tinggal yang teruk kepada pekerja. 

Anggaran Waktu Membaca:
Msia bakal ambil tindakan mahkamah terhadap Top Glove berhubung penginapan pekerja yang teruk

Gambar fail seorang pekerja syarikat Top Glove di Malaysia. (Gambar: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 09:48PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 09:49PM

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengeluar sarung tangan Top Glove yang didapati menyediakan tempat tinggal yang teruk kepada pekerja.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Sumber Manusia melancarkan siasatan terhadap penginapan dan hostel pekerja selepas penularan COVID-19 bulan lalu di kilang Top Glove yang terletak di kawasan perindustrian dekat ibu kota Kuala Lumpur.

Jabatan itu menambah siasatan dijalankan ke atas enam syarikat Top Glove di lima negeri dan menyarankan agar tindakan lanjut diambil selepas sebanyak 19 kertas siasatan dibuka.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan berapa banyak dakwaan akan difailkan.

Top Glove menyatakan syarikat itu sedang berusaha memperbaiki tempat tinggal pekerja menjelang 31 Disember iaitu tempoh akhir bagi majikan memenuhi peraturan baru kerajaan berhubung piawaian penginapan. Peraturan itu sudah dilaksanakan sejak 1 September.

Pengarah Besar JTKSM, Asri Abdul Rahman memberitahu para wartawan bahawa siasatan menunjukkan beberapa penginapan yang sesak, sistem pengaliran udara yang teruk dan kurang kawasan rehat dan dapur.

"Pihak kementerian prihatin dan terdapat tekanan pada jabatan untuk memastikan penginapan pekerja yang disediakan tidak menjadi sumber penularan penyakit," katanya sambil menambah bahawa Malaysia tidak mahu dituduh menggunakan "buruh paksa". 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan