Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Motosikal rempuh kuda padi, mekanik maut di tempat kejadian

Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor kuda padi yang dipercayai terlepas dari kandang di Kilometer 89 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Lipis malam tadi (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Motosikal rempuh kuda padi, mekanik maut di tempat kejadian

Kuda padi terlepas dari kandang bertembung motosikal, kedua-dua mangsa dan haiwan mati. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 May 2019 12:48PM Dikemas Kini : 17 May 2019 12:50PM

KUANTAN: Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor kuda padi yang dipercayai terlepas dari kandang di Kilometer 89 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Lipis malam tadi (16 Mei).

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor berkata kejadian pada 9.40 malam itu menyebabkan Muhammad Shukri Che Aris, 22 tahun, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125zr meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan. 

"Mangsa yang dalam perjalanan dari Lipis ke Merapoh dipercayai tidak menyedari kehadiran kuda itu kerana keadaan jalan yang gelap," katanya.

Encik Azli berkata kemalangan yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan Merapoh itu juga menyebabkan kuda padi tersebut mati di tempat kejadian.

Pemilik haiwan itu diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu dalam siasatan,

Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Persit Merapoh di Gua Musang, Kelantan, dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan