Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Moscow umum 'minggu tidak bekerja' sedang kes COVID-19 naik mendadak

Keputusan itu menandakan perubahan besar dalam kedudukan pihak berkuasa Rusia dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berulang kali menekankan negara itu berjaya menangani pandemik COVID-19 lebih baik daripada kebanyakan negara lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Moscow umum 'minggu tidak bekerja' sedang kes COVID-19 naik mendadak

(Gambar: Reuters/REUTERS/Maxim Shemetov)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 10:42PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 10:44PM

MOSCOW: Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin pada Sabtu (12 Jun) mengumumkan minggu "tidak bekerja" di ibu kota Rusia itu dengan pekerja dalam sektor tidak penting diberitahu supaya duduk di rumah sedang kes COVID-19 di negara itu mencatat rekod tertinggi dalam tempoh enam bulan.

Keputusan itu menandakan perubahan besar dalam kedudukan pihak berkuasa Rusia dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berulang kali menekankan negara itu berjaya menangani pandemik COVID-19 lebih baik daripada kebanyakan negara lain.

"Sepanjang minggu lalu, keadaan jangkitan koronavirus naik mendadak," kata Sobyanin dalam lamannya. Moscow mencatat 6,071 jangkitan harian COVID-19 iaitu jumlah tertinggi sejak Disember tahun lalu.

Sobyanin menambah bahawa "ribuan" katil di hospital diubah bagi kegunaan pesakit koronavirus.

Arahan itu menjejas semua pekerja di ibu kota Rusia, yang mempunyai 12 juta penduduk, kecuali pekerja barisan hadapan dan sektor penting.

Pekerja sektor tidak penting tidak perlu bekerja dari rumah semasa tempoh itu tetapi dapat mengekalkan gaji mereka.

Mengambil kira hujung minggu dan cuti umum pada 14 Jun, ini bermakna pekerja di Moscow tidak akan kembali ke pejabat sehingga 20 Jun.

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan