Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Moscow hadiahkan kereta percuma untuk dorong penduduk dapatkan vaksin COVID-19

Datuk bandar Moscow berkata pada Ahad (13 Jun) berkata bahawa bandar itu akan memberikan kereta secara percuma dalam cabutan bertuah bagi penduduk yang mengambil vaksin COVID-19, dalam usaha mempertingkatkan kadar vaksinasi yang perlahan di tengah-tengah jumlah kes koronavirus yang melonjak.

Anggaran Waktu Membaca:
Moscow hadiahkan kereta percuma untuk dorong penduduk dapatkan vaksin COVID-19

Vaksin Sputnik V keluaran Rusia. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jun 2021 08:16AM Dikemas Kini : 14 Jun 2021 08:17AM

MOSCOW: Datuk bandar Moscow berkata pada Ahad (13 Jun) berkata bahawa bandar itu akan memberikan kereta secara percuma dalam cabutan bertuah bagi penduduk yang mengambil vaksin COVID-19, dalam usaha mempertingkatkan kadar vaksinasi yang perlahan di tengah-tengah jumlah kes koronavirus yang melonjak.

Ibu negara Rusia itu melaporkan 7,704 kes baru pada Ahad, iaitu jumlah tertinggi dalam sehari sejak 24 Dis. Pihak berkuasa melaporkan 14,723 kes di keseluruhan Rusia, iaitu jumlah keseluruhan tertinggi dalam sehari sejak 13 Feb.

Datuk bandar Sergei Sobyanin memberitahu para penduduk pada Sabtu (12 Jun) supaya tidak pergi bekerja pada minggu akan datang ini untuk bantu membendung penularan virus, sekaligus mengisytiharkan cuti umum yang panjang.

"Ini hanya huraian sementara," katanya dalam satu catatan blog yang menyusul pada Ahad. "Bagi mengelakkan sekatan baru dan memastikan kemajuan mapan bagi situasi itu, kita perlu mempercepatkan vaksinasi dengan ketara."

Sobyanin sebelum ini menyatakan kekesalannya secara umum bahawa hanya segelintir penduduk sahaja yang ingin mendapatkan vaksin. Beliau tidak memberikan perangkaan baru pada Ahad bagi jumlah penduduk yang sudah divaksin. Beliau berkata pada 21 Mei bahawa 1.3 juta daripada penduduk seramai 12 juta sudah menerima satu dos vaksin.

Untuk meningkatkan permintaan, Sobyanin berkata bahawa sesiapa berusia 18 tahun ke atas yang mendapatkan dos vaksin yang pertama mulai 14 Jun hingga 11 Julai secara automatik layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah kereta itu.

Menurutnya, lima kereta bernilai 1 juta rubel (S$18,430) setiap satu akan dihadiahkan setiap minggu.

Rusia adalah negara pertama di dunia yang meluluskan vaksin COVID-19 untuk kegunaan domestik, sebelum permulaan uji kaji berskala besar. Ia mula melancarkan vaksin Sputnik V pada Disember dan ia ditawarkan kepada semua orang di Moscow.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan