Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Monorel Melaka mula beroperasi sekali lagi

Perkhidmatan Monorel di Melaka beroperasi semula hari ini (4 Dis) setelah digantung sejak 2013  disebabkan masalah teknikal .

Anggaran Waktu Membaca:
Monorel Melaka mula beroperasi sekali lagi

Monorel Melaka. (Gambar: Facebook/Vijayanand Sankar)

Diterbitkan : 04 Dec 2017 12:07PM Dikemas Kini : 04 Dec 2017 12:11PM

MELAKA: Perkhidmatan Monorel di Melaka beroperasi semula hari ini (4 Dis) setelah digantung sejak 2013 disebabkan masalah teknikal.

Datuk Bandar Melaka, Datuk Zainal Hussin berkata monorel itu akan beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari biasa dan dilanjutkan hingga ke 12.00 tengah malam pada Sabtu dan Ahad.

“Buat masa ini, perkhidmatan monorel ini hanya mempunyai satu gerabak yang boleh menampung seramai 15 penumpang dan akan bergerak selama 30 minit bagi setiap pusingan,” katanya itu.

Sejak beroperasi pada 2010, monorel sepanjang 1.6 kilometer itu sering dibelenggu kerosakan.

Ia terpaksa digantung operasi perkhidmatannya susulan insiden dua pelancong dari Britain terperangkap pada 1 November 2011.

Pada 25 Disember 2013 pula, tiga pelancong dari Australia terpaksa dibawa turun menggunakan kren dari ketinggian lebih lima meter selepas perkhidmatan monorel itu secara tiba-tiba berhenti di tengah perjalanan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan