Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mohamed Hanipa sokong saranan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin secara peribadi menyokong cadangan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Anggaran Waktu Membaca:
Mohamed Hanipa sokong saranan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan

Encik Mohamed Hanipa Maidin. (Gambar: @hanipamaidin/twitter)

Diterbitkan : 26 Aug 2018 05:45PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 05:54PM

SUNGAI BULOH: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin secara peribadi menyokong cadangan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Encik Mohamed Hanipa berkata akta berkenaan harus dibatalkan kerana ia disifatkan sebagai satu bentuk kezaliman.

“Sosma adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan saya tidak boleh masuk campur cuma kalau ingin dibatalkan saya secara peribadi tiada masalah.

“Saya difahamkan mengikut mesyuarat Kabinet sebelum ini, satu jawatankuasa khas sudah diwujudkan untuk meneliti isu Sosma,” katanya selepas bertemu ahli keluarga tahanan Penjara Sungai Buloh hari ini (26 Ogos).

Lebih 100 ahli keluarga berkumpul di hadapan penjara sejak jam 11.00 pagi selepas sekitar 160 tahanan Sosma di Penjara Sungai Buloh di sini mengadakan mogok lapar sejak malam semalam (25 Ogos) mendesak kerajaan memansuhkan akta itu.

Encik Mohamed Hanipa turut meminta tahanan Sosma berhenti mengadakan mogok lapar kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

Selain itu, Peguam Negara, Tommy Thomas dilaporkan berkata Sosma akan dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan