Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mohamad Sabu sifatkan PAS parti pembohong

Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendekatan 'bohong' yang diamalkan oleh pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menyebabkan parti pembangkang itu kehilangan kepercayaan anggota terhadap parti, kata Presiden Amanah Encik Mohamad Sabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mohamad Sabu sifatkan PAS parti pembohong

Menteri Pertahanan Malaysia, Encik Mohamad Sabu. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 12:05PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 12:08PM

PASIR MAS: Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendekatan 'bohong' yang diamalkan oleh pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menyebabkan parti pembangkang itu kehilangan kepercayaan anggota terhadap parti, kata Presiden Amanah Encik Mohamad Sabu.

Beliau menyifatkan PAS sebagai parti yang tidak boleh dipercayai, yang boleh menjejaskan imej perjuangan Islam.

“Terbukti PAS sebuah parti berbohong kerana mereka sendiri mengaku (berbohong) berhubung isu rakaman audio yang sebelum ini dinafikan. Malah, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengatakan menerusi pertemuan (dengan PAS), PAS tidak menyokong calon Barisan Nasional (di Pilihanraya Kecil DUN Semenyih), namun pemimpin mereka hadir pada hari penamaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Pejabat Amanah kawasan Pasir Mas di Kampung Jias, semalam (17 Feb).

Encik Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau tidak mengetahui sejauh mana perbincangan Dr Mahathir dan PAS dalam pertemuan antara Perdana Menteri dengan Presiden PAS, Encik Abdul Hadi Awang baru-baru ini, namun menurutnya apa yang dikatakan PAS semalam, semuanya disifatkan beliau sebagai pembohongan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan