Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mohamad Sabu nafi perkecil keupayaan Angkatan Tentera Malaysia

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan beliau memperkecilkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyusuli kenyataannya ketika menghadiri Sidang Puncak Keselamatan Asia ke-18 di Singapura, baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Mohamad Sabu nafi perkecil keupayaan Angkatan Tentera Malaysia

Encik Mohamad Sabu. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 03 Jul 2019 05:56PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 06:00PM

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan beliau memperkecilkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyusuli kenyataannya ketika menghadiri Sidang Puncak Keselamatan Asia ke-18 di Singapura, baru-baru ini.

"Saya tidak sekali-kali memperkecilkan keupayaan tentera Malaysia. Keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan negara sentiasa berada di tahap terbaik dalam menghadapi berbagai bentuk ancaman terutama dari luar," katanya di Dewan Rakyat, hari ini (3 Jul).

Beliau menjawab soalan Encik Shahidan Kassim (BN-Arau) yang memintanya menyatakan apakah maksud "we can't fight them" diucapkannya pada sidang kemuncak itu.

Encik Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dalam soalan tambahan pula bertanyakan sama ada Encik Mohamad Sabu sedar ucapannya itu bukan sahaja dilihat melemahkan anggota angkatan tentera tetapi pada masa sama melemahkan moral rakyat Malaysia yang patriotik.

Menjawab soalan itu, Encik Sabu menjelaskan perkataan 'fight' digunakannya adalah bermaksud perang, kerana secara jelas Malaysia tidak mahu berperang dengan mana-mana negara khususnya negara kuasa besar.

"Kalau kita boleh mendahului dengan pendamaian, mengapa kita memilih peperangan Kalau kita tunjuk kekuatan, akhirnya kita akan dipermainkan dan sebab itu kita mendahului diplomasi kerana kita mahu elakkan peperangan," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan