Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mogok kesatuan sekerja besar-besaran, lumpuhkan khidmat pengangkutan di Perancis

Jika anda merancang ke Perancis, bersedialah untuk menghadapi gangguan pada sistem pengangkutan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mogok kesatuan sekerja besar-besaran, lumpuhkan khidmat pengangkutan di Perancis

(Gambar: Jeff Pachoud/AFP)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 04:29PM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 04:33PM

PARIS: Jika anda merancang ke Perancis, bersedialah untuk menghadapi gangguan pada sistem pengangkutan negara itu.

Para pekerja kereta api dan sistem pengangkutan lain memulakan mogok dua hari bagi setiap lima hari, sebagai membantah rancangan pembaharuan sektor tersebut.

Mogok dirancang sehingga Jun depan dan disertai lebih separuh pekerja kereta api.

Kebanyakan khidmat kereta api dijangka dibatalkan sepanjang mogok tersebut.

Tunjuk-tunjuk perasaan juga dilancarkan sebagai membantah rancangan Presiden Emmanuel Macron hendak menamatkan beberapa faedah pekerjaan yang selama ini dianggap membebankan.

Kakitangan syarikat penerbangan Air France, serta sektor daya tenaga juga melancarkan mogok berasingan berhubung isu gaji.

Para pemerhati mengatakan jika mogok-mogok pekerja ini berterusan, ia kemungkinan menjejas rancangan pembaharuan ekonomi yang disarankan Presiden Macron.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan