Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Moderna tidak penuhi semua kriteria untuk dos perangsang COVID-19: FDA

Saintis di Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) berkata vaksin COVID-19 Moderna tidak memenuhi semua kriteria agensi itu untuk menyokong penggunaannya bagi dos penggalak.

Anggaran Waktu Membaca:
Moderna tidak penuhi semua kriteria untuk dos perangsang COVID-19: FDA

Vaksin Moderna. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Oct 2021 09:49AM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 09:50AM

WASHINGTON: Saintis di Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) berkata vaksin COVID-19 Moderna tidak memenuhi semua kriteria agensi itu untuk menyokong penggunaannya bagi dos penggalak.

Menurut mereka, ini kemungkinan besar kerana keberkesanan dua suntikan Moderna sebelumnya masih kekal tinggi.

Dokumen FDA mendedahkan data vaksin Moderna menunjukkan suntikan dos perangsang akan meningkatkan antibodi perlindungan,
namun perbezaan tahap antibodi sebelum dan selepas suntikan tidak mencukupi.

Dokumen dapatan ini dikeluarkan menjelang mesyuarat FDA minggu ini yang akan membincangkan perihal suntikan perangsang.

Moderna mohon kelulusan dos perangsang 50 mikrogram, separuh daripada vaksin asal yang diberikan dalam dua suntikan, berselang empat minggu.

Suntikan ketiga ini disasarkan buat golongan berusia 65 tahun dan ke atas, termasuk individu berisiko tinggi.

Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pemberian suntikan perangsang bagi golongan dewasa.

Namun ada segelintir saintis berpendapat kajian sedia ada tidak mencukupi untuk menyokong pelan itu.

Sumber : Reuters/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan