Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Moderna dilapor berhasil cegah COVID-19

Moderna pada Selasa (28 Jul) mengumumkan bahawa vaksin COVID-19 yang dihasilkannya berupaya mewujudkan respons imun yang kuat dan mampu melindungi manusia daripada jangkitan virus tersebut berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas kera.

Anggaran Waktu Membaca:
Moderna dilapor berhasil cegah COVID-19

Gambar hiasan botol dengan label vaksin virus korona COVID-19 (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 29 Jul 2020 03:14PM Dikemas Kini : 29 Jul 2020 03:17PM

WASHINGTON: Moderna pada Selasa (28 Jul) mengumumkan bahawa vaksin COVID-19 yang dihasilkannya berupaya mewujudkan respons imun yang kuat dan mampu melindungi manusia daripada jangkitan virus tersebut berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas kera.

Vaksin itu, MRNA-1273, disuntik pada kera berupaya melindungi haiwan tersebut daripada jangkitan paru-paru dan hidung dan mencegah penyakit pulmonari pada semua haiwan, menurut syarikat itu dalam kenyataan medianya. Hasil kajian pada monyet itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.

Kajian itu kelihatan berhasil menunjukkan kemajuan berbanding hasil vaksin COVID-19 oleh AstraZeneca berdasarkan kajian yang serupa.

Meskipun hasil kajian pada haiwan mungkin dapat meningkatkan keyakinan terhadap penghasilan vaksin, Moderna sudahpun mula mengujinya ke atas manusia.

Pada Isnin, syarikat itu memulakan kajian peringkat lanjut yang bertujuan untuk menguji vaksinnya dalam kajian yang melibatkan 30,000 sukarelawan yang sihat. Hasil positif percubaan itu dijangka akan membuka jalan untuk vaksin tersebut diluluskan dan penggunaannya secara meluas seawal hujung tahun ini.

Vaksin yang berkesan disifatkan sebagai sangat penting untuk menamatkan pandemik yang sejauh ini sudah meragut lebih 655,000 nyawa di seluruh dunia.

Dalam kajian yang melibatkan 24 monyet itu, Moderna menguji dos 10 mikrogram atau 100 mikrogram vaksin berbanding tiada rawatan sama sekali.

Kedua-dua dos terbukti berkesan dalam melindungi daripada replikasi virus dalam paru-paru serta radang paru-paru, dengan dos yang lebih besar juga mampu memberikan perlindungan daripada replikasi virus dalam hidung haiwan.

Vaksin pesaing yang sedang dihasilkan oleh AstraZeneca dan Universiti Oxford - antara yang paling maju dalam ujian ke atas manusia - dalam kajian haiwan serupa juga tkelihatan dapat mencegah kerosakan pada paru-paru dan mencegah virus membiak di dalam organ itu. Namun virus itu masih aktif membiak di dalam hidung, menurut kajian tersebut.

Moderna, yang belum pernah menghasilkan vaksin dalam pasaran, menerima hampir AS$1 bilion (S$1.38 bilion) daripada pemerintah Amerika Syarikat atas usahanya itu.

Amerika Syarikat membantu membiayai penghasilan vaksin di bawah program Operasi Warp Speed. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan