Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Misteri tangan terjuntai dari ais terbongkar 50 tahun kemudian

Satu lagi mayat nahas pesawat terhempas 50 tahun lalu ditemui

Anggaran Waktu Membaca:
Misteri tangan terjuntai dari ais terbongkar 50 tahun kemudian

(Gambar: Defence Barta)

Diterbitkan : 22 Jul 2018 05:09PM Dikemas Kini : 22 Jul 2018 05:10PM

SHIMLA: Mayat seorang anggota tentera India yang beku, ditemui di sekitar kawasan glasier di banjaran Himalaya oleh sekumpulan pendaki gunung.

Penemuan itu berlaku 50 tahun selepas lebih 100 anggota terbunuh dalam nahas pesawat.

Pasukan pendaki itu juga menjumpai beberapa cebisan bangkai pesawat Antonov An-12, Kesatuan Soviet milik Tentera Udara India, yang terhempas pada Februari 1968.

"Kami terjumpa tangan dari mayat manusia yang terjuntai keluar dari ais. Bahagian tubuh lain dapat dilihat di dalam bongkah ais itu," kata ketua ekspedisi, Rajiv Rawat kepada agensi berita, AFP.

Susuli penemuan itu, pasukan tentera India melancarkan satu operasi mengeluarkan mayat berkenaan.

Mengikut laporan AFP, mayat anggota terbabit ditemui pada ketinggian 5,500 meter di banjaran Himalaya dan merupakan yang kelima ditemui dari nahas berkenaan selepas beberapa siri pencarian gagal membuahkan hasil.

Mayat terakhir yang ditemui dan dikenal pasti sebelum ini adalah pada 2013, menurut AFP.

Pesawat pengangkut yang menuju ke Kashmir ketika itu gagal mendarat menyusuli cuaca buruk dan mengorbankan 102 nyawa, termasuk 98 anggota tentera. 

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan