Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Minyak kelapa sawit punca 39% kemusnahan hutan Sabah, Sarawak dan Kalimantan sejak 2000

Industri minyak kelapa sawit bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 39 peratus kemusnahan hutan di Sabah, Sarawak dan Kalimantan yang kaya dengan biodiversitinya, antara tahun 2000 hingga 2018, menurut perangkaan sebuah firma penyelidikan yang berpangkalan di Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Minyak kelapa sawit punca 39% kemusnahan hutan Sabah, Sarawak dan Kalimantan sejak 2000

(Gambar: AFP/Adek Barry)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 10:47PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 11:12PM

KUALA LUMPUR: Industri minyak kelapa sawit bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 39 peratus kemusnahan hutan di Sabah, Sarawak dan Kalimantan yang kaya dengan biodiversitinya, antara tahun 2000 hingga 2018, menurut perangkaan sebuah firma penyelidikan yang berpangkalan di Indonesia.

Data yang dihasilkan oleh Pusat Kajian Kehutanan Antarabangsa (CIFOR) diterbitkan bulan ini sedang jerebu merebak ke merata Asia Tenggara akibat kebakaran di Sumatera dan Kalimantan dan beberapa bahagian lain di Indonesia, menyebabkan kemerosotan pada mutu udara sehingga ke paras tidak sihat di Singapura dan Malaysia.

Sesetengah peladang kelapa sawit dituduh menggunakan kaedah menebang dan membakar. Industri tersebut sudah lama dipersalahkan kerana menyebabkan kemusnahan hutan hujan di Sabah, Sarawak dan Kalimantan, di samping mengancam hidupan liar seperti orang utan dan gajah.

Borneo, yang turut dikongsi oleh Brunei dan pengeluar terbesar minyak kelapa sawit, Indonesia dan Malaysia, kehilangan hutan seluas 6.3 juta hektar antara 2000 hingga 2018, menurut data CIFOR.

Syarikat-syarikat minyak kelapa sawit bertanggungjawab ke atas 2.4 juta hektar tanah yang hutan-hutannya ditebang manakala firma pembuat kertas menyebabkan kehilangan hutan seluas 461,319 hektar.

Minyak kelapa sawit bertanggungjawab ke atas 35 peratus kehilangan hutan di Kalimantan, Indonesia dan 46 peratus di Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah anggaran konservatif. Ia tidak merangkumi semua kawasan hutan yang terjejas oleh peluasan ladang," kata David Gaveau, saintis iklim di CIFOR kepada Reuters.

Indonesia dan Malaysia menghasilkan sekitar 85 peratus daripada bekalan minyak kelapa sawit dunia, yang digunakan dalam pelbagai produk termasuk sabun, gincu, makanan dan biodiesel.

Data tersebut tidak merangkumi ladang-ladang oleh pemilik kecil - yang membentuk sekitar 40 peratus penghasilan minyak kelapa sawit dunia, menurut anggaran industri.

Encik Gaveau berkata penukaran kawasan hutan menjadi ladang sudah lebih perlahan sejak 2012, akibat harga minyak kelapa sawit dan moratorium (penggantungan) Indonesia ke atas ladang-ladang baru.

Seorang jurucakap bagi kementerian Malaysia yang bertanggungjawab ke atas minyak kelapa sawit berkata kerajaan negara itu sudah mengamalkan dasar-dasar untuk menghadkan kawasan ladang kelapa sawit kepada 6.5 juta hektar.

Kerajaan juga bercadang untuk menghentikan penukaran hutan simpanan menjadi ladang kelapa sawit, menurut jurucakap itu.

Para pegawai dari Kesatuan Minyak Kelapa Sawit Indonesia serta kementerian pertanian dan kehutanan tidak dapat dihubung untuk mendapatkan komen. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan