Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Minuman bunga telang sumber pendapatan tambahan keluarga di Indonesia sewaktu pandemik

Bunga telang memang sinonim dengan nasi kerabu. Namun kegunaannya kini dikembangkan oleh seorang pengusaha kecil-kecilan di Yogyakarta bagi menghasilkan teh dan sabun.

Anggaran Waktu Membaca:
Minuman bunga telang sumber pendapatan tambahan keluarga di Indonesia sewaktu pandemik

(Gambar fail bunga telang)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 03:22PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 03:24PM

BANTUL: Perusahaan kecil dan sederhana di Desa Sumbermulyo, Kabupaten Bambanglipuro, Kabupaten Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta memproses bunga telang menjadi pelbagai minuman untuk meningkatkan pendapatan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

"Beberapa minuman yang kami hasilkan dari pemprosesan bunga telang, seperti teh serbuk, teh uncang, minuman asli dan campuran madu," kata pemilik SME 'Ash Shikhah' di Dusun Sirat, Sumbermulyo, Bambanglipuro Bantul Danang Ari Krisnadi, yang ditemui pada Rabu (30 Sep) di rumahnya di mana produk-produknya dihasilkan.

Menurutnya, bunga telang ungu kebiruan adalah tanaman yang mudah ditanam di halaman rumah, sehingga dapat memberikan tambahan pendapatan keluarga jika dapat diproses dengan baik dan betul menjadi produk dengan nilai ekonomi.

Encik Danang sendiri menanam bunga telang sekitar enam bulan yang lalu di halaman rumah sedang penduduk setempat memanfaatkan waktu yang lebih banyak di rumah akibat wabak COVID-19. Beliau mendedahkan bahawa dalam sebulan beliau dapat memetik sekitar 50 kilogram bunga telang.

"Saya mempelajari cara memproses bunga telang daripada menghadiri sebuah seminar. Dari situ saya berusaha membuat pelbagai minuman, dan Alhamdulillah, saya mendapat sambutan daripada pengguna," kata Encik Danang, yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat percetakan.

Selain pelbagai minuman, Encik Danang, yang terlibat dalam perniagaan dengan keluarga enam orang, juga memproses bunga telang menjadi syampu, sabun badan, sabun cecair, sabun tangan anti-bakteria dan sabun telang yang sangat diperlukan masyarakat semasa wabak COVID-19.

"Dari segi pasaran, kami telah menghantarnya ke Makassar (Sulawesi), Kalimantan, Lombok (NTB) juga. Dari segi perolehan berubah-ubah disebabkan pasar, penjualan purata dalam sebulan antara Rp. 5 juta hingga Rp. 8 juta (S$459.50 hingga S$735.20)," katanya.

Katanya, produk dari bunga telang dijual dengan harga antara Rp. 5 ribu dengan Rp. 25 ribu (S$0.46 hingga S$2.30) untuk minuman teh bergantung pada ukurannya, kemudian untuk berbagai sabun dijual dengan harga mulai dari Rp. 10 ribu hingga Rp. 15 ribu (S$0.92 hingga S$1.38). Namun, produk yang paling laris adalah minuman teh.

Katanya, manfaat yang boleh diperolehi dari bunga telang termasuk anti-oksidan, menurunkan kadar gula dalam badan dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga dapat digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi, bahan tambahan kepada madu, pengeluaran sabun, dan pembersih tangan.

"Pandemik COVID-19 tidak menjejas penjualan, kerana kami memasarkan semua produk secara online melalui media sosial. Kalau sebut tentang gedung online belum ada, kerana kami hanya memiliki sistem COD (cash on delivery, atau tunai selepas penghantaran)," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan