Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Milo "tidak terlalu manis" jika ikut sukatan betul, Nestle jawab dakwaan online

Baru-baru ini satu rakaman video tersebar di media sosial, mendakwa minuman Milo "terlalu manis".

Anggaran Waktu Membaca:
Milo "tidak terlalu manis" jika ikut sukatan betul, Nestle jawab dakwaan online

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 07 Feb 2018 10:29PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 10:39PM

PETALING JAYA: Baru-baru ini satu rakaman video tersebar di media sosial, mendakwa minuman Milo "terlalu manis".

Memberikan responsnya terhadap dakwaan itu, syarikat Nestle menyatakan jika para pengguna mengikuti sukatan yang disarankan semasa menyediakan minuman tersebut, ia hanya mengandungi sebanyak enam peratus gula.

Pegawai Kanan Pemakanan Nestle (Malaysia) Berhad, Nurul Iliani Ahmad, berkata Milo dalam bentuk serbuk mengandungi susu, malt, koko dan gula.

Beliau berkata sukatan yang disarankan adalah untuk menambah lima sudu kecil serbuk Milo ke dalam 200ml air panas, lapor laman The Star.

"Sukatan ini mengandungi hanya enam peratus gula. Daripada enam peratus itu, tiga peratus adalah gula semula jadi (daripada susu dan malt) dan lagi tiga peratus adalah gula tambahan," kata Cik Nurul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (6 Jan).

Dengan penambahan 200ml air panas kandungan gulanya hanyalah enam peratus, kata Cik Nurul, sambil menaarik perhatian bahawa Milo menyediakan beberapa khasiat tambahan, lapor laman The Star.

"Protomalt adalah ekstrak malt yang menggabungkan pelbagai jenis karbohidrat untuk memberikan tenaga," kata beliau.

Milo juga katanya mengandungi vitamin B, D, kalsium, fosforus, zat besi dan protein, lapor The Star.

Kontroversi melibatkan kandungan gula dalam Milo itu tercetus setelah seorang usahawan, Vishen Lakhiani, memuat naik dua video mengenai minuan coklat tersebut, menyatakan tentang kandungan gulanya yang tinggi.

Sumber : Agensi berita/NK/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan