Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Militan bunuh ahli politik sebelum pusingan baru pilihan raya India

Para militan pemisah disyaki menembak mati seorang pemimpin tempatan daripada parti pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi di wilayah dipertikaikan, Kashmir menjelang pusingan terbaru pilihan raya negara itu. Demikian menurut polis pada Ahad (5 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Militan bunuh ahli politik sebelum pusingan baru pilihan raya India

Kaum hawa penduduk Kashmiri beratur untuk membuat undian mereka di stesen mengundi dekat kawasan Chattergul di Anantnag, barat Srinagar. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 May 2019 07:04PM Dikemas Kini : 05 May 2019 07:10PM

SRINAGAR, INDIA: Para militan pemisah disyaki menembak mati seorang pemimpin tempatan daripada parti pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi di wilayah dipertikaikan, Kashmir menjelang pusingan terbaru pilihan raya negara itu. Demikian menurut polis pada Ahad (5 Mei).

Pembunuhan di Anantnag, satu-satunya negeri India dengan majoriti penduduk Islam adalah kejadian terbaru dalam siri serangan yang mencemar pilihan raya India sejak ia bermula bulan lalu.

Para militan melepaskan tembakan ke atas Encik Gul Mohammad Mir, 65 tahun, yang mengetuai unit tempatan parti nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP), di rumahnya di selatan Kashmir pada malam Sabtu (4 Mei).

Polis mengatakan stesen mengundi yang sepatutnya digunakan di daerah tersebut pada Isnin dibakar di kawasan berhampiran, Shopian.

Isnin ini adalah fasa kelima undian dalam tempoh pilihan raya India selama enam minggu yang berakhir pada 19 Mei ini. Keputusan akan diumumkan empat hari kemudian.

Pembunuhan politik adalah satu perkara biasa dalam pilihan raya India yang disaingi sengit.

Minggu lalu, serangan bom didalangi oleh pemberontak Mao berhaluan kiri di barat Maharashtra membunuh 15 komander polis dan pemandu mereka.

Pemberontak Mao, yang secara tradisional memboikot pilihan raya sebagai sebahagian daripada kempen mereka menentang pemerintah India, membunuh dua anggota polis di Chhattisgarh bulan lalu.

Mereka menyerang sebuah konvoi politik di negeri yang sama pada 11 April lalu, membunuh lima orang termasuk penggubal undang-undang BJP.

Pengundian pada Isnin akan dijalankan di 51 kawasan di tujuh negeri termasuk Uttar Pradesh. Negeri terbesar India itu membentuk 80 daripada 543 penggubal undang-undang yang ditentukan menerusi pilihan raya.

Pada pilihan raya 2014, BJP mengalahkan parti Kongres Gandhi, dengan memenangi 282 kerusi. Kali ini, persaingan diramalkan lebih sengit. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan