Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesyuarat Majlis Presiden PH putuskan isu peralihan kuasa pada 21 Feb

Encik Anwar Ibrahim cenderung agar Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan perkara itu akan dimuktamadkan pada 21 Feb.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat Majlis Presiden PH putuskan isu peralihan kuasa pada 21 Feb

Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 10:53PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 10:59PM

KUALA LUMPUR: Encik Anwar Ibrahim cenderung agar Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan perkara itu akan dimuktamadkan pada 21 Feb.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada tarikh berkenaan.

"Saya cenderung agar beliau terus menerajui negara sehingga selesai APEC. Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia menjadi tuan rumah APEC pada bulan November ini.

Encik Anwar berkata beliau sudah bertemu Dr Mahathir di Putrajaya bagi membincangkan mengenai peralihan kuasa.

Encik Anwar berkata beliau membangkitkan isu itu kerana ada usaha daripada PAS, sekumpulan dari UMNO dan sebilangan kecil dari PKR dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga akhir penggal.

Encik Anwar berkata Dr Mahathir tidak terlibat dalam usaha itu, malah mengulangi kenyataan tegas bahawa beliau (Dr Mahathir) akan melepaskan jawatan seperti yang sudah dijanjikan.

"Saya turut memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa memandangkan wujud muslihat licik sedemikian maka pimpinan PH dan beberapa rakan lain akan tetap mempertahankan perjanjian Muafakat PH yang dimeterai pada 7 Januari 2018, yakni tegas menyokong kepimpinannya selaku Perdana Menteri Ke-7 dan saya sebagai Perdana Menteri Ke-8," katanya.

Encik Anwar juga mengingatkan bahawa selama hampir dua tahun usia PH, muafakat yang termeterai tidak pernah digugat oleh mana-mana parti bersekutu - PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan