Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesyuarat beberapa parti politik M'sia cetus desas-desus perubahan dalam kerajaan

Beberapa mesyuarat melibatkan parti-parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang berlangsung hari ini (23 Feb) sejak awal pagi di tengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat beberapa parti politik M'sia cetus desas-desus perubahan dalam kerajaan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Feb 2020 07:59PM Dikemas Kini : 23 Feb 2020 08:02PM

KUALA LUMPUR: Beberapa mesyuarat melibatkan parti-parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang berlangsung hari ini (23 Feb) sejak awal pagi di tengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara.

Semua mesyuarat itu menarik perhatian media tetapi perbincangan diadakan secara tertutup.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya.

Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad yang enggan mengulas semasa perdana menteri berusia 94 tahun itu diserbu pemberita semasa beliau meninggalkan premis itu.

Menyertai Dr Mahathir pada mesyuarat itu ialah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung Marzuki Yahya; dan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin PKR yang dikatakan penyokongnya mengadakan perbincangan di sebuah hotel di Petaling Jaya.

UMNO, sementara itu, mengadakan mesyuarat majlis tertinggi khas di ibu pejabat parti pembangkang itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Difahamkan beberapa Ahli Parlimen (MP) daripada parti-parti politik di Sarawak turut berada di ibu negara untuk bermesyuarat di sebuah hotel di sini.

Presiden Parti Warisan Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal juga dilihat memasuki lif di hotel itu, bersama-sama dengan beberapa lagi individu.

Tidak diketahui sama ada pemimpin Sabah berkenaan menyertai pemimpin daripada Sarawak pada mesyuarat mereka.

Suasana di Istana Negara juga sibuk dengan banyak kenderaan dilihat memasuki istana petang ini, sesetengahnya diiringi polis pengiring.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan