Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir temui keranda Firaun di wilayah Minya

Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir pada Isnin (21 Sep) mengumumkan penemuan sebuah keranda Firaun di wilayah Minya di Mesir Hulu, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir temui keranda Firaun di wilayah Minya

Keranda batu kapur (Gambar fail: Egypt Today)

Diterbitkan : 22 Sep 2020 12:03PM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 12:06PM

KAHERAH: Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir pada Isnin (21 Sep) mengumumkan penemuan sebuah keranda Firaun di wilayah Minya di Mesir Hulu, lapor agensi berita Xinhua.

Keranda itu digali oleh pekerja-pekerja Mesir yang bekerja di tapak arkeologi Tuna al-Gabal di Minya, kata Mostafa Waziri, Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti kementerian itu, dalam satu kenyataan.

Sebuah keranda batu kapur dan koleksi patung ushabti yang diperbuat daripada seramik dijumpai di dalam kubur itu, kata Encik Waziri, sambil menambah semua kepingan berada dalam keadaan baik.

Pemeriksaan awal menunjukkan bahawa keranda itu adalah kepunyaan Jahouti Umm Hoteb dari Dinasti ke-26 yang memerintah Mesir antara 664-525 SM, katanya.

Pegawai itu mendedahkan lelaki tersebut bekerja sebagai penyelia takhta, sambil menambah beliau adalah anak Hersa Est, yang kerandanya ditemukan oleh misi yang sama pada 2018.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan