Images
  • pkp msia
    Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020. (Gambar: BERNAMA)

Mesej tular 'PKP di seluruh Selangor' adalah palsu

SHAH ALAM: Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor mengesahkan bahawa kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.

Mesej yang tular di media sosial itu adalah berkaitan keputusan dan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, bertarikh 1 Mei.

Mesej tersebut berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor, cadangan berkaitan sekolah dan justifikasi atas keputusan tersebut.

“Kami mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu,” kata Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor ketika dihubungi hari ini (3 Mei).

Selangor mencatatkan kes tertinggi COVID-19 beberapa hari berturut-turut sejak Selasa (27 Apr) daripada 2,733 kes baru yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes, Rabu (28 Apr), daripada 3,142 kes baharu, Selangor mencatat kes tertinggi (1,019 kes) dan Khamis (29 Apr) daripada 3,332 kes baru, Selangor adalah tertinggi dengan 1,083 kes.

Pada Jumaat (30 Apr) juga daripada 3,788 kes baru, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 1,265 kes dan Sabtu (1 Mei) daripada 2,881 kes baru, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 759 kes.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sudah mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor pada 30 Mei 2021 bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.

- Bernama/NK/nk

Top