Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesej dalam botol ditemui selepas 50 tahun di Alaska

Seorang lelaki yang sedang mencari kayu api di Alaska menemui satu botol yang mengandungi sekeping surat yang sudah berusia 50 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesej dalam botol ditemui selepas 50 tahun di Alaska

Tyler Ivanoff menemui surat yang ditulis dalam bahasa Rusia di Shishmaref, Alaska. (Gambar: Andrew Burton/AFP)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 12:15PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 12:21PM

WASHINGTON: Seorang lelaki yang sedang mencari kayu api di Alaska menemui satu botol yang mengandungi sekeping surat yang sudah berusia 50 tahun.

Encik Tyler Ivanoff menemui surat yang ditulis dalam bahasa Rusia itu dan kemudian berkongsikannya di laman Facebook.

Encik Ivanoff yang bertugas sebagai seorang pembantu guru di Shishmaref, Alaska berkata beliau mencari kayu api dekat kampung asalnya ketika terjumpa sebiji botol dengan penyumbat botol plastik. Beliau terpaksa menggunakan giginya untuk membukanya.

Katanya, kertas itu masih kering di dalamnya tetapi berbau wain atau sejenis alkohol lama.

Surat itu menyatakan: “Salam sejahtera! Dari kapal induk Asia Timur, kapal VRXF Sulak. Kami ucapkan anda sihat dan panjang umur serta selamat belayar. 20 Jun 1969. ”

Encik Ivanoff memuatnaik gambar botol tersebut dan nota itu di Facebook pada 5 Ogos.

Sebuah rangkaian televisyen Rusia, Rossiya 1 menjejakinya melalui alamat pengirimnya di Vladivostok. Beliau seorang kapten kapal Soviet yang sudah bersara dan kini tinggal di Crimea.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen itu, Encik Anatoly Botsanenko, kini berusia 86 tahun, berkata beliau berkhidmat di atas kapal Sulak pada 1969 ketika berusia 35 tahun.

Encik Ivanoff menyatakan di Facebook bahawa beliau sangat gembira bagaimana sebiji botol itu berkembang menjadi cerita.

Malah, beliau juga merancang untuk menulis mesejnya sendiri dalam botol suatu hari nanti.

“Itu sesuatu yang mungkin saya lakukan dengan anak-anak saya pada masa akan datang,” katanya dipetik oleh Associated Press.

“Hanya hantar mesej dalam botol di sana dan lihat di mana ia pergi,” ujarnya.  

Sumber : AFP/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan