Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mercy Relief kerah pasukan bantuan ke Jepun; bantu mangsa Taufan Hagibis

Agensi bantuan bencana bebas Singapura, Mercy Relief, mengerahkan sebuah pasukan tindak balas bencana ke bandar Miyagi dan Fukushima, Jepun, yang dilanda Taufan Hagibis, hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mercy Relief kerah pasukan bantuan ke Jepun; bantu mangsa Taufan Hagibis

Keadaan di sebuah wilayah Jepun yang terjejas dengan Taufan Hagibis. (Gambar: FB/ Mercy Relief)

SINGAPURA: Agensi bantuan bencana bebas Singapura, Mercy Relief, mengerahkan sebuah pasukan tindak balas bencana ke bandar Miyagi dan Fukushima, Jepun, yang dilanda Taufan Hagibis, hujung minggu lalu.

Taufan tersebut disifatkan sebagai salah satu taufan paling dahsyat pernah membadai Jepun dalam tempoh 60 tahun.

Pasukan Mercy Relief itu berlepas dari Singapura hari ini (17 Okt) untuk menjalankan fasa pertama operasi bantuan kecemasan dan bekerja rapat dengan rakan kongsi tempatan untuk memastikan keperluan segera mangsa bencana.

Sebanyak 7,000 makanan panas akan diagihkan kepada penduduk di kawasan yang terjejas di Miyagi dan Fukushima terutama sekali tempat-tempat yang terjejas dengan bekalan air.

Mercy Relief melancarkan rayuan pengumpulan dana awam di Singapura mulai hari ini hingga 16 November.

Orang ramai boleh membuat sumbangan mereka melalui pelbagai cara termasuk derma kad kredit, cek berpangkah dan derma tunai.

Maklumat lebih lanjut boleh didapatkan di laman Mercy Relief.

Angka korban bencana alam itu meningkat kepada 77 orang dan dijanfka terus meningkat.

Lebih 37,000 keluarga masih lagi bergelap manakala 130,000 rumah terputus bekalan air. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan