Images
  • car
    Petikan gambar daripada video.

Merajuk tidak dapat kereta Jaguar, lelaki ini buang BMW ke dalam sungai

NEW DELHI: Seorang lelaki India tanpa rasa bersalah 'membuang' kereta BMW M3 yang diterima sempena ulang tahun kelahirannya ke dalam sungai.
Encik Akash dari Haryana dikatakan bertindak demikian kerana berasa tidak puas hati dengan hadiah kereta Jaguar oleh ibu bapanya.

Bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya, beliau menolak kereta tersebut ke dalam sungai.

Difahamkan, kos untuk sebuah kereta BMW adalah sekitar 3.5 juta Rupee (S$68,000) manakala Jaguar adalah lebih mahal dan mencecah sekitar 5 juta Rupee (S$98,000).

Rakaman video tersebut menunjukkan kereta itu terapung di dalam sungai sebelum ia tersangkut pada tebing rumput.

Bagaimanapun, Encik Akash yang merupakan anak tuan tanah tempatan itu kemudian turut berenang dan cuba menyelamatkan keretanya dengan bantuan orang ramai.

Menyusuli kejadian itu, pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap kejadian tersebut.

Klip video tersebut turut menjadi tular dan ramai mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai tidak bersyukur.

- Agensi berita/NA/na

Top